Jualan & Pelanggan · Live

RuangNiaga – Sistem SaaS Konsainan, Sewa Rak, Sewa Tapak & Freezer

RuangNiaga – Sistem SaaS Konsainan, Sewa Rak, Sewa Tapak & Freezer

RuangNiaga ialah sistem SaaS untuk pemilik kedai, pemilik bangunan dan pengusaha ruang niaga mengurus barang konsainan, sewa rak, sewa tapak, peti sejuk, freezer, stok, jualan, komisen pembekal, komisen salesman, invois sewa dan laporan dalam satu sistem. Contoh Penggunaan Seorang pembekal meletakkan produk frozen di kedai anda. Produk tersebut dijual melalui kaunter kedai. Sistem akan merekod stok masuk, harga jualan, kuantiti terjual, baki stok, komisen kedai dan jumlah yang perlu dibayar kepada pembekal. Jika peniaga menyewa rak atau freezer pula, sistem boleh merekod kadar sewa, deposit, tarikh mula, tarikh tamat, invois bulanan dan status bayaran. Nilai Untuk Pelanggan RuangNiaga membantu pemilik premis mengurus operasi konsainan dan sewa ruang dengan lebih telus, tersusun dan profesional. Sistem ini mengurangkan kesilapan kiraan, memudahkan latihan staf dan memberi rekod yang lebih jelas kepada pembekal serta penyewa.

RU

Maklumat produk

Status: Live

Versi: v1.0

Model: Subscription

Harga: RM 59.00 ke atas

Fungsi Utama

Apa yang sistem ini bantu urus?

  • ✓ Pengurusan tenant / premis
  • ✓ Pengurusan pembekal dan peniaga
  • ✓ Pengurusan produk, SKU, barcode dan harga
  • ✓ Rekod stok masuk dan penerimaan barang
  • ✓ Pengurusan batch dan tarikh luput
  • ✓ Amaran stok hampir tamat tempoh
  • ✓ Pengurusan rak, tapak, peti sejuk dan freezer
  • ✓ Kontrak digital konsainan, sewa dan hybrid
  • ✓ POS jualan kaunter
  • ✓ Kiraan komisen pembekal secara automatik
  • ✓ Kiraan komisen salesman / staf jualan
  • ✓ Settlement dan bayaran kepada pembekal
  • ✓ Invois sewa rak, tapak dan freezer
  • ✓ Rekod bayaran sewa dan tunggakan
  • ✓ Pelupusan stok rosak, luput atau tidak dituntut
  • ✓ Pengurusan staf dan role berbeza
  • ✓ Laporan jualan, stok, pembekal dan prestasi ruang
  • ✓ Export laporan CSV
  • ✓ Audit trail untuk kawalan rekod
  • ✓ Sistem multi-tenant SaaS

Penerangan

RuangNiaga ialah aplikasi web khas untuk pemilik kedai, pemilik bangunan, collection point dan pengusaha ruang niaga yang menerima barang daripada peniaga lain secara konsainan atau menyewakan ruang seperti rak, tapak kecil, peti sejuk dan freezer.

Dengan RuangNiaga, semua urusan yang biasanya dibuat secara manual melalui buku, WhatsApp, Excel atau calculator boleh diurus dalam satu sistem yang lebih tersusun dan profesional.

Sistem ini membantu pemilik premis merekod pembekal, peniaga, produk, stok masuk, stok terjual, produk hampir tamat tempoh, kontrak, jualan POS, komisen, settlement pembekal, invois sewa dan prestasi ruang niaga.

RuangNiaga juga menyokong pengurusan staf dengan role berbeza seperti Owner, Manager, Cashier, Sales Staff, Storekeeper dan Account. Setiap jualan boleh dikaitkan dengan salesman tertentu untuk pengiraan komisen jualan staf.

Sales Staff pula boleh dihadkan akses kepada POS, jualan sendiri dan komisen sendiri sahaja. Ini menjadikan operasi lebih selamat, teratur dan mudah dikawal.

Sistem ini sesuai digunakan oleh kedai konsainan, kedai frozen, mini market, Shopee Collection Point, pemilik lot niaga, pemilik bangunan, pengusaha sewa rak, pengusaha sewa freezer dan kedai yang menerima produk daripada ramai pembekal.

✓ Tidak perlu lagi rekod manual yang mudah hilang
✓ Mudah tahu barang milik pembekal mana
✓ Mudah semak stok, jualan dan baki produk
✓ Komisen pembekal dikira automatik
✓ Komisen salesman boleh direkod dengan jelas
✓ Sewa rak dan freezer lebih mudah dipantau
✓ Produk hampir luput boleh dikenal pasti awal
✓ Laporan lebih kemas dan profesional
✓ Akses staf boleh dikawal mengikut tugas
✓ Sesuai untuk operasi satu premis atau banyak premis

Sesuai untuk

• Kedai konsainan
• Kedai frozen
• Mini market
• Kedai produk tempatan
• Shopee Collection Point
• Pemilik bangunan
• Pemilik lot niaga
• Pengusaha sewa rak
• Pengusaha sewa freezer
• Pengusaha ruang jualan usahawan kecil
• Kedai yang menerima produk daripada ramai supplier

Perlukan penerangan lanjut?

Iman boleh bantu terangkan demo, fungsi dan cadangkan pelan mengikut saiz operasi anda.

  • Demo sistem
  • Semakan keperluan
  • Cadangan pelaksanaan
  • Quotation rasmi
Minta Demo / Harga

Tempah atau minta quotation

Isi maklumat ringkas. Kami akan hubungi untuk demo, skop dan harga sebenar.