RiaOne - Quiz Interaktif & Roda Impian
Sistem quiz live dan roda cabutan bertuah yang fun, interaktif dan mudah digunakan untuk event, sekolah dan bisnes.
Maklumat produk
Status: Live
Versi: V1.1.2
Model: Subscription
Harga: RM 19.00 ke atas
Apa yang sistem ini bantu urus?
- Quiz live dengan pemarkahan automatik
- Live leaderboard untuk peserta
- Cipta soalan multiple choice
- Tetapkan masa menjawab setiap soalan
- Tetapkan markah setiap soalan
- Peserta join menggunakan kod bilik atau QR
- Paparan khas untuk host / organizer
- Paparan khas untuk peserta
- Roda cabutan bertuah interaktif
- Tetapan hadiah, kuantiti dan weight
- Cabutan pemenang direkod oleh server
- Peserta yang telah menang tidak dipilih semula dalam sesi sama
- Rekod pemenang dan hadiah
- Sistem multi-tenant SaaS
- Trial 14 hari untuk pelanggan baru
- Panel Super Admin untuk urus pelanggan
- Sesuai digunakan di telefon, tablet dan komputer
Penerangan
RiaOne ialah sistem SaaS permainan interaktif yang membantu organizer menjadikan sesuatu program lebih meriah, tersusun dan profesional.
Melalui RiaOne, organizer boleh mencipta quiz live, menetapkan soalan, jawapan, masa menjawab dan markah. Peserta hanya perlu scan QR atau masukkan kod bilik untuk menyertai permainan menggunakan telefon masing-masing. Markah akan dikira secara automatik dan leaderboard dipaparkan secara langsung.
Selain quiz, RiaOne juga menyediakan modul Roda Impian untuk cabutan bertuah. Organizer boleh menetapkan senarai hadiah, kuantiti hadiah dan kebarangkalian hadiah melalui tetapan weight. Cabutan dibuat oleh server dan rekod pemenang disimpan supaya proses lebih kemas, telus dan mudah dirujuk.
RiaOne sesuai digunakan untuk sekolah, pusat tuisyen, seminar, bengkel, hari keluarga, program komuniti, promosi pelanggan, majlis cabutan bertuah, aktiviti syarikat dan event organisasi.
Sistem ini dibina sebagai SaaS multi-tenant, membolehkan ramai pelanggan menggunakan platform yang sama dengan data organisasi masing-masing diasingkan. Ia mesra telefon, tablet dan komputer, serta mudah digunakan walaupun oleh pengguna bukan teknikal.
Sesuai untuk
Event organizer
Guru sekolah
Pusat tuisyen
Universiti dan kolej
Trainer seminar dan bengkel
Syarikat dan organisasi
Persatuan dan komuniti
Peniaga yang buat promosi pelanggan
Penganjur hari keluarga
Admin program masjid atau surau
Team marketing dan promosi
Perlukan penerangan lanjut?
Iman boleh bantu terangkan demo, fungsi dan cadangkan pelan mengikut saiz operasi anda.
- Demo sistem
- Semakan keperluan
- Cadangan pelaksanaan
- Quotation rasmi