Komuniti / Alumni / SaaS · Live

PoolHantar

Padankan trip kenderaan dengan penghantaran barang dalam satu sistem.

PoolHantar ialah sistem SaaS logistik perkongsian yang memadankan pemilik kenderaan seperti lori, van, bas dan kereta dengan pengguna yang ingin menghantar barang mengikut laluan perjalanan yang sama. Sistem ini membantu pemilik kenderaan menjana pendapatan daripada ruang kosong, manakala penghantar barang dapat mencari pilihan penghantaran yang lebih fleksibel dan mudah.

PO

Maklumat produk

Status: Live

Versi: V1.1

Model: Subscription / Annual License

Harga: RM 97.00 ke atas

Fungsi Utama

Apa yang sistem ini bantu urus?

  • Pendaftaran pengguna sebagai penghantar barang atau pemilik kenderaan
  • Pemilik kenderaan boleh daftar lori, van, bas, kereta atau kenderaan lain
  • Pemilik kenderaan boleh post trip perjalanan
  • Penghantar barang boleh daftar maklumat barang yang ingin dihantar
  • Auto matching antara trip kenderaan dan penghantaran barang
  • Carian trip berdasarkan lokasi asal, destinasi dan tarikh
  • Sistem tempahan penghantaran
  • Rundingan harga dan rekod caj penghantaran
  • Kiraan platform fee atau komisen sistem
  • Chat antara penghantar dan pemilik kenderaan
  • Kod pengesahan pickup barang
  • Kod pengesahan delivery barang
  • Tracking status penghantaran
  • Timeline setiap tempahan
  • Rating dan ulasan pengguna
  • Modul KYC untuk tingkatkan kepercayaan
  • Panel Super Admin
  • Pengurusan pengguna, kenderaan, trip dan tempahan
  • Rekod bayaran manual
  • Sesuai untuk model SaaS dan marketplace logistik
  • Paparan responsive untuk telefon dan komputer

Penerangan

PoolHantar ialah platform SaaS untuk mengurus sistem pool penghantaran barang berdasarkan trip kenderaan.

Sistem ini dibina untuk menghubungkan pemilik kenderaan yang ingin membuat perjalanan dengan pengguna atau peniaga yang mahu menghantar barang pada laluan yang sama. Contohnya, pemilik lori, van, bas atau kereta yang akan bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain boleh post trip mereka dalam sistem. Penghantar barang pula boleh mencari trip yang sesuai berdasarkan lokasi asal, destinasi, tarikh perjalanan dan kapasiti barang.

Dengan PoolHantar, ruang kosong dalam kenderaan tidak lagi terbiar tanpa hasil. Pemilik kenderaan boleh menjana pendapatan tambahan, manakala penghantar barang mendapat alternatif penghantaran yang lebih mudah, cepat dan fleksibel.

Sistem ini sesuai digunakan oleh syarikat logistik kecil, pemilik lori, runner, pengusaha van, peniaga online, pemborong, usahawan kampung, koperasi, komuniti penghantaran dan mana-mana pihak yang mahu membina platform penghantaran barang berasaskan perkongsian trip.

PoolHantar dilengkapi fungsi post trip, daftar barang, auto matching, tempahan, chat, tracking status, kod pengesahan pickup dan delivery, rating pengguna, KYC, rekod bayaran, komisen platform serta panel admin untuk mengurus keseluruhan operasi.

Ia boleh dijadikan sistem SaaS sendiri untuk pemilik bisnes yang mahu menawarkan servis penghantaran barang secara moden tanpa perlu membina sistem dari kosong.

Sesuai untuk

Pemilik lori
Pemilik van
Pemilik bas
Pemilik kereta yang kerap membuat perjalanan
Runner penghantaran barang
Syarikat logistik kecil
Peniaga online
Pemborong
Usahawan kampung
Koperasi
Komuniti penghantaran barang
Pengusaha marketplace logistik
Pemilik bisnes yang mahu bina sistem penghantaran sendiri

Perlukan penerangan lanjut?

Iman boleh bantu terangkan demo, fungsi dan cadangkan pelan mengikut saiz operasi anda.

  • Demo sistem
  • Semakan keperluan
  • Cadangan pelaksanaan
  • Quotation rasmi
Minta Demo / Harga

Tempah atau minta quotation

Isi maklumat ringkas. Kami akan hubungi untuk demo, skop dan harga sebenar.