Operasi Perniagaan · Live

PenjajaOne

Sistem pengurusan stok harian penjaja — ambil stok, jual, pulang baki dan buat kiraan automatik.

PenjajaOne ialah sistem pengurusan stok harian untuk pengusaha yang mempunyai rangkaian penjaja atau ejen jualan harian. Sistem ini membantu merekod pengambilan kotak jualan, pemulangan baki barang, barang rosak, kiraan jualan, komisen, bayaran dan hutang penjaja dengan lebih kemas dan automatik.

PE

Maklumat produk

Status: Live

Versi: V1.2

Model: Subscription / Annual License

Harga: RM 49.00 ke atas

Fungsi Utama

Apa yang sistem ini bantu urus?

  • Dashboard ringkasan jualan, stok, kutipan dan hutang
  • Pengurusan produk dan inventori harian
  • Rekod stok masuk dan pelarasan stok
  • Tetapan pakej kotak jualan RM100, RM200, RM300 atau nilai khas
  • Pengeluaran kotak jualan kepada penjaja
  • Slip serahan kotak jualan
  • Rekod pemulangan baki barang selepas berniaga
  • Rekod barang rosak, hilang atau tidak boleh dijual
  • Kiraan automatik barang terjual
  • Kiraan bayaran berdasarkan barang yang berjaya dijual
  • Tetapan komisen penjaja secara peratus atau amaun tetap
  • Rekod bayaran penuh atau bayaran separa
  • Pemantauan hutang dan baki tertunggak penjaja
  • Resit settlement harian
  • Laporan prestasi penjaja
  • Laporan jualan mengikut produk
  • Laporan kutipan dan komisen
  • Amaran stok rendah
  • Export laporan CSV
  • Role pengguna Owner, Manager, Stock dan Cashier
  • Sesuai untuk operasi multi-penjaja dan rangkaian jualan harian

Penerangan

PenjajaOne dibina khas untuk pengusaha yang menjalankan operasi jualan harian melalui penjaja, ejen, rider, peniaga kecil atau rangkaian jualan luar.

Contohnya, penjual burger datang setiap pagi untuk mengambil satu kotak jualan bernilai RM100, RM200 atau RM300 yang mengandungi roti, daging burger, sos dan bahan lain. Selepas selesai berniaga, penjaja akan memulangkan baki barang, melaporkan barang rosak atau hilang, dan membuat bayaran berdasarkan jumlah barang yang berjaya dijual.

Dengan PenjajaOne, semua proses ini boleh direkod dalam satu sistem. Stok keluar akan ditolak secara automatik, baki barang yang dipulangkan akan dimasukkan semula ke inventori, barang rosak direkod berasingan, komisen penjaja dikira, bayaran penuh atau separa direkod, dan baki tertunggak boleh dipantau dengan jelas.

Sistem ini membantu pemilik perniagaan mengurangkan silap kira, mengawal stok harian, memantau prestasi setiap penjaja, melihat laporan jualan dan membuat keputusan perniagaan dengan lebih cepat.

PenjajaOne sesuai untuk perniagaan burger, air balang, kuih, frozen food, buah-buahan, makanan siap bungkus, produk konsainan dan apa-apa perniagaan yang menggunakan konsep ambil stok, jual, pulang baki dan buat settlement harian.

Sesuai untuk

Pengusaha burger
Pengusaha air balang
Pengusaha kuih dan bakeri
Pengusaha frozen food
Pembekal makanan siap bungkus
Pengusaha buah-buahan
Peniaga produk konsainan
Pembekal stok kepada penjaja harian
Pemilik rangkaian ejen jualan
Usahawan kecil dan sederhana yang mengurus stok keluar masuk setiap hari

Perlukan penerangan lanjut?

Iman boleh bantu terangkan demo, fungsi dan cadangkan pelan mengikut saiz operasi anda.

  • Demo sistem
  • Semakan keperluan
  • Cadangan pelaksanaan
  • Quotation rasmi
Minta Demo / Harga

Tempah atau minta quotation

Isi maklumat ringkas. Kami akan hubungi untuk demo, skop dan harga sebenar.