KomunitiOne
KomunitiOne ialah sistem SaaS pengurusan komuniti percuma yang membantu pengguna membina, mengurus dan mengembangkan komuniti secara lebih tersusun. Sesuai untuk alumni sekolah, universiti, kursus, batch, tempat kerja, kampung, bandar, negeri, persatuan, NGO dan komuniti minat. Setiap komuniti boleh mempunyai team admin sendiri, direktori ahli, feed pengumuman, aktiviti, event dan sistem RSVP. Platform ini diberikan percuma kepada pengguna dan dimonetisasi melalui iklan.
Maklumat produk
Status: Live
Versi: V1.0.3
Model: Subcription
Harga: Hubungi untuk quotation
Apa yang sistem ini bantu urus?
- Pendaftaran pengguna dan log masuk ahli
- Cipta dan urus banyak komuniti dalam satu akaun
- Tetapan komuniti Public atau Private
- Kod jemputan untuk komuniti tertutup
- Team Admin dan Moderator bagi setiap komuniti
- Pengurusan ahli komuniti
- Permohonan ahli dan kelulusan admin
- Direktori ahli komuniti
- Feed komuniti untuk berita, aktiviti dan pengumuman
- Posting teks dan gambar
- Komen pada posting komuniti
- Pin posting penting
- Padam atau kawal kandungan komuniti
- Cipta event, reunion, mesyuarat dan aktiviti
- RSVP kehadiran event
- Dashboard ringkasan komuniti
- Statistik ahli, aktiviti, event dan pengumuman
- Carian komuniti
- Sokongan pelbagai jenis komuniti seperti alumni, sekolah, universiti, batch, kursus, tempat kerja, kampung dan persatuan
- Modul iklan sebagai sumber pendapatan platform
- Rekod impression dan click iklan
- Pengurusan kempen iklan
- Platform Super Admin untuk kawalan keseluruhan sistem
- Paparan responsive untuk komputer dan telefon
Penerangan
KomunitiOne ialah platform SaaS komuniti moden yang dibina untuk memudahkan pengurusan pelbagai jenis komuniti dalam satu sistem yang profesional, tersusun dan mudah digunakan.
Sistem ini sesuai digunakan oleh alumni sekolah, alumni universiti, kumpulan kursus, batch pelajar, komuniti tempat kerja, komuniti kampung, taman perumahan, bandar, negeri, negara, persatuan, NGO, kelab dan komuniti minat.
Melalui KomunitiOne, pengguna boleh mencipta komuniti sendiri, menjemput ahli, melantik team admin dan moderator, membuat pengumuman, berkongsi aktiviti, mengurus event atau reunion, menyimpan direktori ahli serta memudahkan ahli berhubung dalam satu platform khas.
Setiap komuniti boleh ditetapkan sebagai Public atau Private. Komuniti Public boleh dicari dan disertai oleh pengguna, manakala komuniti Private sesuai untuk kumpulan tertutup seperti batch, alumni tertentu, ahli persatuan atau komuniti dalaman organisasi.
KomunitiOne juga menyediakan model perkhidmatan percuma kepada pengguna. Pendapatan platform dijana melalui iklan seperti banner, sponsored content dan kempen iklan mengikut komuniti. Dengan konsep ini, komuniti boleh menggunakan sistem tanpa bayaran langganan, sementara platform masih mempunyai potensi pendapatan jangka panjang.
Sistem ini membantu mengurangkan kebergantungan kepada WhatsApp semata-mata, di mana maklumat mudah tenggelam, ahli sukar dijejaki dan pengumuman penting susah dicari semula. KomunitiOne menjadikan pengurusan komuniti lebih kemas, mudah dipantau dan lebih profesional.
Sesuai untuk
Alumni sekolah
Alumni kolej dan universiti
Pelajar mengikut batch
Peserta kursus dan latihan
Komuniti tempat kerja
Bekas pekerja atau staf organisasi
Komuniti kampung
Komuniti taman perumahan
Komuniti bandar
Komuniti negeri
Komuniti negara
Persatuan penduduk
NGO
Kelab sukan
Kelab hobi dan minat
Komuniti usahawan
Komuniti masjid dan surau
Komuniti pendidikan
Penganjur reunion
Pentadbir komuniti online
Organisasi yang mahu mengurus ahli secara digital
Perlukan penerangan lanjut?
Iman boleh bantu terangkan demo, fungsi dan cadangkan pelan mengikut saiz operasi anda.
- Demo sistem
- Semakan keperluan
- Cadangan pelaksanaan
- Quotation rasmi