anArnab — Komuniti Penternak Arnab Malaysia
KawanArnab ialah platform komuniti khas untuk penternak arnab, pembekal, pembeli dan pemain industri arnab di Malaysia. Sistem ini membantu ahli berkongsi sumber, mencari bantuan, membina jaringan, menyertai aktiviti dan mendapatkan info berkaitan industri arnab pedaging. KawanArnab dibangunkan dan diselia oleh KoPETAK — Koperasi Penternak Arnab Kelantan.
Maklumat produk
Status: Live
Versi: V1.0
Model: Free Community / Premium Listing / Sponsored Listing
Harga: Hubungi untuk quotation
Apa yang sistem ini bantu urus?
- Feed komuniti untuk posting, perkongsian ilmu, gambar, komen dan interaksi ahli
- Modul Kongsi Sumber untuk hebahan baka, makanan, sangkar, peralatan, pengangkutan dan kepakaran
- Modul Saya Perlukan untuk ahli membuat permintaan bantuan dan keperluan semasa
- Direktori ahli, penternak, pembekal, pembeli, ladang dan pemain industri arnab
- Profil ahli dan profil ladang dengan maklumat lokasi, peranan dan nombor WhatsApp
- Badge Ahli KoPETAK Disahkan untuk ahli yang telah disahkan oleh pihak pentadbir
- Hebahan kursus, bengkel, lawatan ladang, aktiviti komuniti dan program industri
- Pengumuman rasmi KoPETAK kepada komuniti penternak
- Sistem moderation untuk admin menyemak posting, ahli, sumber dan laporan pengguna
- Hubungan terus ke sistem rasmi KoPETAK untuk kursus, produk, pengurusan ladang dan solusi industri
Penerangan
KawanArnab ialah aplikasi komuniti digital yang diwujudkan untuk menyatukan penternak arnab, pembekal, pembeli dan pihak berkaitan industri arnab pedaging dalam satu platform yang lebih tersusun.
Melalui KawanArnab, ahli komuniti boleh berkongsi maklumat, pengalaman, sumber, peluang kerjasama dan keperluan semasa. Penternak boleh menghebahkan sumber seperti baka arnab, pejantan, induk, rumput Napier, pellet, sangkar, peralatan, pengangkutan, tenaga kerja, kepakaran dan peluang pasaran.
Sistem ini juga menyediakan modul “Saya Perlukan” yang membolehkan ahli membuat permintaan bantuan seperti mencari baka, makanan, pembeli, pembekal, sangkar, nasihat teknikal, pengangkutan atau bantuan kecemasan. Ahli lain boleh melihat permintaan tersebut dan memberi maklum balas melalui komuniti atau WhatsApp.
KawanArnab turut menyediakan direktori ahli, ladang, pembekal, pembeli, konsultan dan pemain industri bagi memudahkan jaringan dan kerjasama. Platform ini sesuai dijadikan pusat komuniti untuk menyokong pembangunan industri arnab pedaging Malaysia secara lebih tersusun, terbuka dan saling membantu.
KawanArnab dibangunkan dan diselia oleh KoPETAK — Koperasi Penternak Arnab Kelantan, sebuah jenama koperasi yang dikenali dalam industri penternakan arnab.
Sesuai untuk
Penternak arnab baru
Penternak arnab pedaging sedia ada
Pembiak baka arnab
Pembekal makanan, sangkar dan peralatan ternakan
Pembeli arnab pedaging dan hasil ternakan
Restoran, peniaga makanan dan pemproses hasil arnab
Konsultan, jurulatih dan tenaga pengajar penternakan
Koperasi, persatuan dan komuniti penternak
Pemain industri hiliran seperti baja, kulit dan produk berkaitan arnab
Individu yang berminat menyertai industri arnab pedaging
Perlukan penerangan lanjut?
Iman boleh bantu terangkan demo, fungsi dan cadangkan pelan mengikut saiz operasi anda.
- Demo sistem
- Semakan keperluan
- Cadangan pelaksanaan
- Quotation rasmi