Jejak Prospek
Jejak Prospek ialah sistem pengurusan prospek dan lead untuk peniaga, team sales, pusat tuisyen, servis, ejen jualan dan bisnes kecil yang mahu rekod pelanggan dengan lebih teratur. Sistem ini membantu pengguna menyimpan maklumat prospek, pantau status follow-up, urus staf sales, lihat sumber pelanggan dan menggunakan modul Referral Promo Kit untuk promosi serta pemasaran lebih sistematik.
Maklumat produk
Status: Live
Versi: v1.1.0
Model: Subscription / Annual License
Harga: RM 39.00 ke atas
Apa yang sistem ini bantu urus?
- Rekod prospek dan lead pelanggan dalam satu sistem
- Pantau status lead seperti baru, dihubungi, follow-up, berminat, closing dan tidak berminat
- Simpan nombor telefon, sumber pelanggan, nota dan tarikh follow-up
- Urus staf sales dan tugasan follow-up
- Dashboard ringkasan jumlah prospek, lead aktif dan conversion
- Lihat sumber prospek dari WhatsApp, Facebook, TikTok, referral dan lain-lain
- Modul Referral & Promo Kit untuk tujuan pemasaran
- Jana link referral unik untuk setiap pengguna atau tenant
- Share link promosi ke WhatsApp, Facebook, Telegram dan media sosial
- Muat turun poster iklan untuk dikongsi
- Lihat statistik klik, share dan conversion referral
- Laporan prestasi pemasaran dan follow-up
- Sesuai untuk bisnes kecil, team sales dan sistem SaaS berasaskan tenant
Penerangan
Jejak Prospek dibangunkan untuk membantu bisnes mengurus pertanyaan pelanggan dan prospek jualan dengan lebih kemas, cepat dan profesional.
Ramai peniaga menerima pertanyaan melalui WhatsApp, Facebook, TikTok, iklan, referral dan walk-in, tetapi akhirnya banyak lead hilang kerana tiada rekod yang tersusun. Jejak Prospek menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan satu sistem khas untuk merekod prospek, menetapkan status follow-up, memantau staf sales dan melihat prestasi pemasaran secara lebih jelas.
Setiap prospek boleh direkod bersama nama, nombor telefon, sumber lead, status, nota follow-up, tarikh tindakan seterusnya dan staf yang bertanggungjawab. Owner bisnes boleh melihat berapa banyak lead masuk, berapa yang sudah dihubungi, berapa yang masih pending dan berapa yang berjaya ditukar menjadi pelanggan.
Versi terbaru turut dilengkapi modul Referral & Promo Kit. Melalui modul ini, pengguna boleh menjana link referral, berkongsi poster iklan, share ke media sosial dan melihat statistik klik, share serta conversion. Ini menjadikan Jejak Prospek bukan sahaja sistem pengurusan lead, tetapi juga tool pemasaran untuk membantu menarik lebih ramai prospek baru.
Sesuai digunakan oleh peniaga online, ejen produk, team sales, pusat tuisyen, servis rumah, klinik, konsultan, homestay, bengkel, dropship, stokis dan mana-mana bisnes yang bergantung kepada pertanyaan pelanggan serta follow-up jualan.
Sesuai untuk
Peniaga online
Owner bisnes kecil dan sederhana
Team sales dan telemarketing
Ejen produk, dropship dan stokis
Pusat tuisyen dan pusat latihan
Servis rumah, servis penghantaran dan servis tempatan
Konsultan, coach dan trainer
Homestay, bengkel, klinik, kedai dan syarikat servis
Usahawan yang menerima pertanyaan dari WhatsApp, Facebook, TikTok dan referral
Mana-mana bisnes yang perlukan sistem follow-up pelanggan yang lebih tersusun
Perlukan penerangan lanjut?
Iman boleh bantu terangkan demo, fungsi dan cadangkan pelan mengikut saiz operasi anda.
- Demo sistem
- Semakan keperluan
- Cadangan pelaksanaan
- Quotation rasmi