Pendidikan / EduTech · Live

Iqra' – Platform Semakan & Tambah Baik Bacaan al-Quran

Baca. Semak. Baiki. Ulang sehingga lebih yakin.

Iqra' ialah platform pembelajaran al-Quran yang membolehkan pengguna menghantar rakaman bacaan dalam bentuk audio atau video untuk disemak oleh ustaz atau ustazah. Pengguna boleh membaiki bacaan berdasarkan komen yang diberikan dan menghantar semula revision sehingga bacaan semakin baik.

IQ

Maklumat produk

Status: Live

Versi: 1.2

Model: Freemium + Subscription

Harga: Hubungi untuk quotation

Fungsi Utama

Apa yang sistem ini bantu urus?

  • Upload bacaan al-Quran dalam bentuk audio
  • Upload bacaan dalam bentuk video
  • Rakaman video pergerakan bibir semasa membaca
  • Pilih surah atau bahagian bacaan untuk disemak
  • Semakan bacaan oleh ustaz atau ustazah
  • Komen tajwid dan pembetulan bacaan
  • Semakan makhraj huruf
  • Semakan mad dan panjang pendek bacaan
  • Semakan waqaf dan ibtida'
  • Komen berdasarkan timecode rakaman
  • Status bacaan menunggu semakan
  • Status perlu pembetulan
  • Status bacaan telah baik
  • Upload revision bacaan baharu selepas menerima komen
  • Sejarah semua revision bacaan
  • Sejarah komen ustaz atau ustazah
  • Token penghargaan kepada penyemak
  • Bayaran sukarela kepada ustaz atau ustazah
  • Profil ustaz dan ustazah
  • Pengesahan akaun penyemak oleh admin
  • Dashboard pengguna
  • Dashboard ustaz dan ustazah
  • Dashboard pentadbir
  • Notifikasi semakan baharu
  • Privasi rakaman bacaan
  • Role-based access pengguna dan penyemak

Penerangan

Iqra' dibangunkan untuk membantu pengguna meningkatkan mutu bacaan al-Quran secara mudah, tersusun dan berperingkat.

Pengguna boleh memilih surah atau bahagian bacaan seperti Surah al-Fatihah, kemudian merakam atau memuat naik bacaan dalam bentuk audio atau video. Rakaman tersebut akan dihantar kepada ustaz atau ustazah yang berdaftar untuk dibuat semakan.

Penyemak boleh memberi komen berdasarkan tajwid, makhraj, mad, waqaf dan ibtida', kelancaran serta perkara lain yang perlu diperbaiki. Komen juga boleh disertakan dengan timecode supaya pengguna mudah mengenal pasti bahagian bacaan yang perlu diperbetulkan.

Selepas menerima semakan, pengguna boleh menghantar bacaan baharu sebagai revision seterusnya. Keseluruhan sejarah bacaan dan komen disimpan supaya perkembangan pengguna dapat dilihat daripada bacaan pertama sehingga bacaan yang telah diperbaiki.

Sebagai penghargaan, pengguna juga boleh memberikan token kepada ustaz atau ustazah yang memberikan semakan yang baik. Pembayaran secara sukarela juga boleh diberikan kepada penyemak tanpa mempengaruhi keputusan atau kualiti semakan.

Iqra' sesuai digunakan oleh individu, keluarga, pelajar sekolah, pusat pengajian al-Quran, guru mengaji, ustaz, ustazah, kelas tajwid dan organisasi pendidikan Islam yang mahu menyediakan proses pembelajaran al-Quran secara lebih sistematik.

Sesuai untuk

Individu yang mahu memperbaiki bacaan al-Quran
Kanak-kanak dan pelajar dengan pemantauan ibu bapa
Pelajar sekolah agama
Pelajar kelas mengaji
Pelajar tajwid
Guru al-Quran
Ustaz dan ustazah
Pusat pengajian al-Quran
Pusat tahfiz
Madrasah
Masjid dan surau
Kelas al-Quran secara online
Institusi pendidikan Islam
Keluarga yang mahu belajar al-Quran dari rumah

Perlukan penerangan lanjut?

Iman boleh bantu terangkan demo, fungsi dan cadangkan pelan mengikut saiz operasi anda.

  • Demo sistem
  • Semakan keperluan
  • Cadangan pelaksanaan
  • Quotation rasmi
Minta Demo / Harga

Tempah atau minta quotation

Isi maklumat ringkas. Kami akan hubungi untuk demo, skop dan harga sebenar.